Tips Tingkatkan Kesihatan Sistem Pencernaan Anda

1.Teruskan mengunyah

Satu tips yang mudah namun memberikan kesan yang besar kepada sistem pencernaan anda ialah dengan mengunyah. Perbuatan mengunyah sering kali dipandang dengan sebelah mata, namun ia sangatlah penting bagi proses pencernaan yang baik. Lebih banyak anda mengunyah di dalam mulut, lebih sedikit kerja yang diperlukan selepas itu. Otak anda juga memerlukan sedikit masa untuk menerima isyarat bahawa anda sudah kenyang, jadi ambil masa untuk mengunyah kita-kira 20 hingga 30 kali sebelum menelan makanan anda. Berikan perut anda untuk bersedia sebelum menerima makanan yang akan masuk ke dalamnya.

2.Banyak makan serat

Adalah penting untuk anda mengambil serat bagi membolehkan makanan terus bergerak melalui usus dengan lancar.  Terdapat dua jenis serat – serat larut dan serat tak larut. Serat larut seperti sayur-sayuran dan bijirin akan menyerap air daripada tinja supaya ia tidak menjadi terlalu cair. Serat tak larut membantu menjadikan tinja lebih berketul-ketul. Dengan memadankan makanan yang berlemak dengan serat, tubuh badan anda akan mampu untuk memecahkian makanan berlemak yang mana kebiasaannya tidak dapat dicerna dengan mudah.

3.Minum air

Tambahkan lebih banyak air dalam diet anda yang akan membantu proses pencernaan dengan melarutkan lemak dan lemak terlarut – ini akan membantu makanan untuk melepasi usus anda dengan mudah. Cara ini merupakan cara yang mudah namun memberikan kesan yang besar. Hal ini adalah disebabkan oleh, terlalu sedikit air dalam badan akan menyebabkan tinja menjadi keras dan sukar untuk melalui kolon.

4. Senaman

Gerakkan tubuh badan anda  dengan cara berjalan atau berjoging, mengangkat beban ataupun melakukan senaman yoga. Cara ini akan membolehkan makanan anda digerakkan melalui sistem pencernaan serta merangsang otot-otot saluran tersebut. Perkara ini penting disebabkan oleh dinding kolon anda perlu untuk mengecut apabila tinja melaluinya dan dengan cara bersenam, ia akan menguatkan otot tersebut.

5.Mengurangkan tekanan

Rasa tertekan atau resah boleh menyebabkan sistem pencernaan anda terjejas disebabkan oleh otak dan sistem pencernaan tersebut saling berhubung. Tekanan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sindrom perut luka serta ulser. Bagi mengawal masalah seperti ini, anda boleh cuba senaman yang menenangkan seperti bernafas dalam-dalam, bermeditasi ataupun berdoa.

6.Makan makanan suam

Limpa akan menjadi aktif bekerja dalam suasana yang suam. Hal ini disebabkan oleh enzim pencernaan kita memerlukan keadaan suam bagi memecahkan makanan dengan baik. Keadaan makanan dan minuman yang terlalu sejuk akan boleh menyebabkan fungsi limpa akan terganggu. Jadi, makan makanan yang suam akan lebih mudah untuk dihadam. Sertakan sup, sayur-sayuran yang dimasak atau teh ke dalam diet pemakanan anda.

7. Berhenti merokok

Merokok boleh memberikan kesan negatif kepada sistem pencernaan anda disebabkan oleh ia akan melamahkan injap yang berada di hujung esofagus dan akhirnya akan menyebabkan refluks asid serta pedih ulu hati. Merokok juga akan meningkatkan risiko kanser perut.

8.Pengurangan berat badan

Penambahan berat badan sebanyak beberapa paun pun sudah cukup untuk menyebabkan masalah pencernaan. Hal ini adalah disebabakan oleh, injap yang terletak di antara perut dan esofagus kadang kala tidak ditutup dengan baik sehingga menyebabkan asid perut untuk kembali masuk semula ke dalam esofagus semula. Dengan cara pengurangan berat badan, anda seolah-olah mengurangkan tekanan dan membenarkan sistem pencernaan anda berjalan dengan baik.

9.Cuba probiotik

Selain daripada serat, satu perkara yang anda tidak boleh lupakan daripada diet anda ialah probiotik yang mana sangat berguna kepada sistem imun kita. Probiotik akan bersaing dengan bakteria jahat dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan antibodi kepada kita serta membebaskan probiotik semula jadi dalam laluan pencernaan. Kajian telah mendapati bahawa probiotik boleh mencegah alahan dan jangkitan serta penyakit yang melibatkan perut. Susu kultur merupakan salah satu sumber probiotik yang terbaik. Anda juga boleh cuba kubis jeruk dan tempe.