Ingin Cantik, Sihat & Bebas Jerawat? Makanlah Bayam

Manfaat Sayur Bayam Untuk Kesihatan

  1. Anti-Kanser

Sayur bayam sekurang-kurangnya mempunyai 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Kajian mendapati bahawa ekstrak sayur bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan juga mengurangkan kanser payudara, ovari dan prostat.

  1. Menguatkan Tulang

Secawan bayam segar dikatakan mengandungi kira-kira 200 peratus nilai vitamin K.Vitamin ini amat penting dalam mengekalkan kesihatan tulang. Selain Vitamin K, sayur bayam juga mengandungi kandungan pembina tulang seperti kalsium dan magnesium yang berkhasiat kepada mereka yang memakannya.

  1. Menjaga Kesihatan Jantung

Vitamin A dan C bertindak sebagai antioksidan untuk mengurangkan jumlah radikal bebas dalam badan. Khasiat ini juga membantu kolesterol daripada melekat dan terbentuk dalam sayuran darah. Folat dan magnesium dalam bayam adalah mineral yang bertindak merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada penyakit jantung.

  1. Mengelakkan Tekanan Mental

Satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik barat mendapati dengan hanya memakan tiga hidangan sayuran hijau setiap hari ia mampu memperlahankan kemerosotan mental yang disebabkan peningkatan usia.

  1. Menguatkan Penglihatan

Zat yang terkandung dalam sayur bayam seperti lutein dan zeaxanthin juga dikatakan mampu menguatkan penglihatan dan bertindak sebagai antioksidan melindungi mata daripada kesan kasar sinaran ultra ungu yang membawa kepada masalah mata tersebut.

  1. Penambah Darah

Bayam yang telah dimasak juga merupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat haid kerana pada ketika itu,wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

  1. Menjaga Bayi Dalam Kandungan

Khasiat bayam juga dikatakan dapat membantu perkembangan saraf dan menghindarkan daripada berlakunya bibir sumbing pada bayi di dalam kandungan. Malah Vitamin A yang ada pada sayur bayam amat diperlukan bagi pembentukan sel paru-paru bayi dalam kandungan.