Tips untuk Tajuk Menyengat bagi Menarik Orang Tonton Facebook Live Kita

TIPS UNTUK TAJUK MENYENGAT BAGI MENARIK ORANG

TONTON FACEBOOK LIVE KITA

 

Terfikir untuk buat Video Live di Facebook?

Tapi tak tahu macam mana nak tarik ramai audience untuk tengok ?

 

Dengan Facebook Live ni banyak sangat manfaatnya. Untuk masa kini, Facebook Live merupakan salah satu bentuk video yang sangat membantu dalam mana-mana perniagaan. Melalui Facebook Live ini anda akan dapat jangkauan organic lebih tinggi daripada biasa hasil daripada kepelbagaian jenis kandungan video yang disampaikan. Jadi, untuk mendapatkan view yang tinggi semasa membuat video Live, anda perlu mempunyai persediaan dan perancangan yang baik untuk menghasilkan video yang luar biasa.

Untuk itu, kami share kan pada anda antara tips yang menyengat yang dapat menarik orang ramai untuk menonton Facebook Live anda.

 

 

TIPS 1:

Jangan sesekali beritahu kita nak share tentang produk, contoh tajuk yang membuatkan ramai orang  tak nak tengok ialah , cara pakai produk Nurraysa, kelebihan produk Nurraysa.

 

TIPS 2:

Berikan value kepada penonton, apa penonton akan dapat. Contoh tajuk, tips menjaga kulit berjerawat, tips menjaga kulit berminyak, tips merawat kulit berjerawat, tips penjagaan kulit baby yang ada ruam, tips merawat kulit eczema.

 

TIPS 3:

Contoh kalau nak live untuk tarik penonton untuk menjadi agent atau dropship, jangan sesekali tulis tajuk, peluang menjadi agent, atau cara menjadi agent, sebaiknya tukar ayat ke peluang menjana pendapatan dengan zero kos tanpa modal atau bagaimana untuk meningkatkan ekonomi surirumah atau bagaimana buat income hanya dari rumah sambil menghayun buaian.

 

 

Haa.. macam mana? Mudah je kan? Bagi mana-mana usahawan yang ingin mulakan bisnes dengan membuat FB Live boleh la take note tips ini dan amalkannya.

 

Selamat Mencuba !