Top 5 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!

TOP 5 MAKANAN MALAYSIA PALING MENGGEMUKKAN

 

Wow! Tiba-tiba rasa macam taknak baca kan post kali ni. Sebab apa? Sebab takut dalam top 5 makanan menggemukkan yang admin akan kongsikan ni ada makanan yang anda suka dan selalu makan. Bagi anda mesti bila dah tahu nanti kena elakkan makan. So, lebih baik tak tahu dan biarkan tanpa baca post ni. Betul ke betul ?

Haa… kalau anda rasa mahukan diri anda maintain gemuk dan amalan pemakanan yang tidak sihat silakan untuk bebruat demikian. Tapi jika mahukan kesihatan yang berpanjangan untuk tubuh badan kita, jom teruskan pembacaan anda di bawah ini 🙂 Jangan nanti bila dah gemuk, datang macam-macam penyakit baru nak menyesal. Untuk kebaikan bersama, admin kongsikan untuk anda Top 5 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan. Jadi, boleh la lepasni anda lebih berhati-hati dengan memilih makanan yang berkhasiat.

 

#1 ROTI CANAI

  • Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

 

 

#2 NASI LEMAK

  • Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.

 

 

#3 FAST FOOD

  • Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

 

 

#4 LOCAL FAST FOOD a.k.a MAMAK

  • Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

 

 

#5 DONUTS

  • Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1” dah 1200kcal.

 

 

 

Sumber: kevinzahri.com