5 Jenis Kategori Jerawat Dan Cara Mengatasinya

5 JENIS KATEGORI JERAWAT DAN CARA MENGATASINYA

 

Hai berjumpa lagi kita dalam entry kali ni. Ramai yang WhatsApp admin bagitahu ada masalah kulit muka yang berjerawat. Tapi bila ditanya jerawat yang jenis macam mana? Whitehead atau blackhead? Masih ramai yang tidak dapat membezakan. Jadi, hari ini admin terpanggil untuk kongsikan post kali ini tentang 5 jenis jerawat yang kebiasaannya akan timbul dan juga admin kongsikan juga beberapa cara untuk mengatasinya.

Admin harap post kali ini sedikit sebanyak dapat membantu menjawab pertanyaan daripada anda yang sebelum ini masih keliru tentang jenis-jenis masalah jerawat di kulit muka. Jadi, jom kenali 5 jenis jerawat dan cara mengatasinya 😉

 

JENIS-JENIS JERAWAT

Jenis jerawat boleh rujuk pada gambar di bawah 🙂

 

1. Papula

  • Papula jenis jerawat seperti radang kulit berbentuk benjolan lembut bewarna kemerah-merahan

2. Pustelus

  • Bintik merah yang meradang dan muncul sebagai sebuah bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).

3. Blackheads

  • Terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran dan disebabkan oleh pigmen kulit-melanin, bertindak balas dengan oksigen di udara.

4. Whiteheads

  • Terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati yang mana ia akan menyebabkan paparan putih di permukaan.

5. Nodul (akne kronik)

  • Terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit – lebih besar dan snagat menyakitkan. Kadang-kadang ia tidka akan hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dna trauma teruk serta lupa pada permukaan kulit. Jika tidak dirawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas ianya kecut.

 

 

 

CARA MENGATASI MASALAH JERAWAT

 

Antara Cara-Cara Mengatasi Jerawat adalah :

 

  • Makan lebih banyak lobak merah.Vitamin A menguatkan tisu pelindung kulit dan benar mencegah jerawat. Ia membantu mengurangkan pengeluaran sebum.
  • Lakukan Senaman atau aktiviti  yang boleh mengeluarkan peluh. Dengan keluarnya peluh kulit akan menyahkan toxin melalui peluh yang dikeluarkan.
  • Membersihkan muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Sebagai contoh, anda mencari pencuci muka yang boleh membantu membersihkan minyak di muka dan mengurangkan jerawat.
  • Mengambil produk kecantikan untuk luaran yang terbukti berkesan. Sebagai contoh rakan kami ada menggunakan bedak tanaka untuk menghaluskan wajah dan kecutkan jerawat di kulit wajah.
  • Anda juga boleh ambil minuman tambahan untuk kesihatan kulit wajah yang sesuai dan mestilah mendapat pengesahan oleh Kementerian Kesihatan. Sebagai contoh, minum produk kolagen yang membantu pelbagai kebaikan kulit.

 

 

 

 

 

 

Sumber: www.wom.my