Anda ingin tingkatkan sales tapi ada bajet yang sangat terhad dan ciput?
Dah mati kutu nak guna platform apa lagi untuk jadikan FREE MARKETING yang mana tidak memerlukan sebarang kos pun!
Nah, kali ni admin kongsikan kepada anda semua 3 CARA CEPAT UNTUK TINGKATKAN SALES ANDA TANPA KELUARKAN KOS!
#1 FOLLOW UP
Haa, apa salahnya anda follow up semula semua prospek dan customer anda melalui sama ada di Facebook, WhatsApp, Telegram, Instagram, kawan-kawan tempat kerja mahupun jiran sebelah rumah!
Macamana nak follow up? Senang sahaja, just check semula semua inbox social media anda dan boleh alang alang terus inform promosi terkini mengenai produk/servis anda.
Tapi!! Pastikan follow up dengan lebih kepada sesi sharing bukan direct menjual okay?
#2 BUAT WHATSAPP BROADCAST
Haa sudah, apa pulak WhatsApp Broadcast ni kan? Apps baru ke apa ni.. Jangan nak pening pening kepala sangat ya.. Sebenarnya WhatsApp Broadcast ni antara feature yang dah ada dalam WhatsApp anda tau! So, boleh start selongkar dimanakah feature WhatsApp Broadcast ya..
Apa yang bestnya feature ni adalah anda boleh blast atau senang kata kita WhatsApp yang sama sekaligus kepada semua senarai contact yang kita dah grouping dalam WhatsApp Broadcast..
Pastikan anda save semua no customer dan prospek ya baru lah boleh buat WhatsApp Broadcast.. Antara bahan yang anda boleh broadcast adalah dengan memberi ucap salam, sharing testimoni, bagi tips dan promosi terkini ya!
Haa lagi satu! Jangan tunggu hari gaji baru nak broadcast ya.. Sebaiknya anda boleh buat 3 hari sebelum tarikh gaji barulah efektif okay..
#3 UP SELL & CROSS SELL
Dah alang alang customer beli bedak, apa kata kita pancing dengan upsell kepada lipstick? Kalau customer tu pulak nak beli bedak dan lipstick, boleh cross sell dengan Collagen Soap.. Best kan?
Haa, masa nak up sell dan cross sell ni kenalah banyak puji customer sikit.. Sebagai contoh,
“Kalau akak pakai dengan lipstick sekali, mesti kawan2 kat tempat kerja puji, suami pandang pun tak berkelip2”
Rasa rasa cik akak tadi tu terpesona tak? Hehe
Tapi, penting sekali bila kita nak up sell dan cross sell customer, kita mesti tahu masalah dia dulu.. Baru lah mudah nak up sell dan cross sell 😉
Akhir kata, dalam bisnes kita perlu utilize sepenuhnya marketing tool yang ada terutamanya yang tidak langsung melibatkan sebarang kos! Barulah boleh cut sikit marketing expenses anda.. So, jom kita utilize kan segala platform yang ada okay?