5 PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN RAMBUT
Rambut merupakan mahkota bagi kaum wanita sama ada bertudung atau tidak. Ini kerana dalam keadaan apa sekalipun wanita terutamanya mahukan rambut yang cantik dan tidak rosak. Penjagaan rapi terhadap rambut amatlah penting untuk membuatkan rambut kekal sihat dan cantik.
Jadi, untuk entry kali ini admin kongsikan kepada semua pembaca antara 5 perkara yang boleh merosakkan rambut anda yang perlu anda elakkan bagi mengekalkan kecantikan rambut. Nak tahu apa dia ? Jom baca di bawah ini 🙂
#1 STRESS
- Ramai yang tidak tahu bahawa stress boleh membuatkan rambut kita rosak. Stress bukan saja memberi kesan mental dan fizikal tetapi ianya turut menyebabkan rambut gugur. Apabila anda berada di dalam keadaan stress secara mental dan fizikal rambut akan melalui fasa “Telogen Effluvium” iaitu rambut gugur berlaku untuk tempoh sementara. Rambut akan tumbuh semula selepas 6 bulan.
#2 DIET YANG TIDAK SEIMBANG
- Apa yang anda makan mempunyai impak ke atas kesihatan kulit & rambut anda. Rambut memerlukan pelbagai jenis vitamin, mineral dan juga protein untuk kekal sihat. Untuk mempunyai rambut yang sihat, anda mestilah makan makanan yang seimbang dan kaya dengan protein, Vitamin E dan Iron ke dalam diet.
#3 PENGGAYAAN RAMBUT YANG KERAP
- Penggayaan rambut yang kerap akan mengakibatkan rambut mudah rosak. Penggunaan pengering rambut misalnya dapat menyebabkan rambut menjadi kering dan kelihatan kusam.
#4 PENGGUNAAN SYAMPOO YANG MEMPUNYAI BAHAN KIMIA
- Untuk menjaga kesihatan rambut, ramai orang menggunakan syampoo, gel rambut, serum dan produk komersial lain yang berada di dalam pasaran. Tetapi tidak semua produk adalah bagus untuk rambut anda. Kebanyakan produk mengandungi bahan kimia yang merbahaya yang akan menyebabkan kerosakan pada rambut.
#5 MANDI DI DALAM AIR YANG MEMPUNYAI KANDUNGAN KLORIN TINGGI
- Mandi, berenang adalah aktiviti yang menyihatkan untuk mengekalkan kesihatan. Tetapi berenang di dalam kolam yang mempunyai kandungan klorin yang tinggi dapat merosakkan kesihatan rambut. Klorin yang melekat pada rambut menyebabkan rambut menjadi kusut dan mudah putus.
Jadi, untuk menjadikan rambut kekal sihat elakkan lah perkara-perkara seperti di atas. Nak best lagi bolehlah anda cuba syampoo daripada Nurraysa sendiri iaitu #HabbatusSaudaHairTreatment. Sangat bagus untuk rambut anda. 🙂