6 Cara Bijak Dalam Penyediaan Makanan Berkhasiat

6 CARA BIJAK DALAM PENYEDIAAN MAKANAN YANG BOLEH MEMBUATKAN 

SESUATU HIDANGAN ITU LEBIH BERKHASIAT

Amalam pemakanan yang tidak seimbang boleh menyumbang kepada masalah kegemukan. Pengambilan makanan berkalori lebih daripada keperluan badan juga penyebab utama masalah ini berlaku.

Jadi, di bawah ini adalah antara 6 cara bijak dalam penyediaan makanan yang berkhasiat. Antaranya adalah;

 

  1. Buang lemak pada kulit dan daging ayam
  • Bahagian daging paling baik untuk diet adalah pada bahagian tubuh yang tidak mengandungi lemak. Daging ayam tanpa kulit mengandungi karbohidrat, kalsium, dan kalium dan sangat baik untuk program diet.

 

  1. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
  • Sangat penting untuk diingatkan bahawa mencuci adalah tindakan pencegahan yang sangat baik untuk menjaga diri dari bakteri yang tertelan.

 

  1. Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Ia akan membuatkan sayur itu cepat masak dan daun sayur itu boleh menghilangkan khasiat makanan itu.

 

  1. Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabiala memasukkan makanan untuk dimasak.
  • Sebelum memasukkan makanan untuk dimasak pastikan minyak untuk menggoreng atau air untuk merebus telah benar-benar panas. Jika anda masak sayuran hijau jika air atau minyak tidak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran.

 

  1. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam masakan anda.
  • Gunakan bahan semula jadi seperti rempah ratus atau pun sayuran seperti lobak untuk menambah rasa masakan. Ia lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.

 

  1. Jangan gunakan minyak masak berulang kali sehingga warna asal minyak berubah.
  • Minyak masak yang digunakan berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan saluran arteri tersumbat, hipertensi dan  merosakkan hati.

 

Secara keseluruhannya, jagalah pemakanan anda dengan pengambilan makanan yang berkhasiat. Kurangkan makanan yang bergoreng dan berminyak sebaliknya banyakkan hidangan yang dimasak secara panggang, kukus, rebus dan bakar untuk mengekalkan kesihatan diri.

 

Sumber: JomDiet.Com