6 TIPS BERGUNA MENGGUNAKAN MASCARA
Bagaimana mahu memakai Mascara dengan cara yang mudah ? Admin pasti, ramai wanita di luar sana ingin nampak cantik setiap hari dengan set makeup mengikut gaya tersendiri dan admin juga pasti ramai yang ingin memakai mascara tapi takut comot atau sebagainya jadi terpaksa melupakannya niat, lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru dan tidak biasa menggunakan mascara.
Jangan risau akak-akak sekalian, Admin akan kongsikan 6 tips mudah yang berguna untuk anda semua yang baru nak mencuba memakai mascara.
KENALI JENIS BULU MATA ANDA TERLEBIH DAHULU
- Mengenali bulu mata adalah sangat penting kerana ia sangat berguna dalam menentukan jenis mascara yang sesuai digunakan.
JENIS MASCARA MEMPENGARUHI HASIL DI AKHIR SOLEKAN MATA
- Setiap jenis mascara mempunyai pelbagai fungsi, contohnya mascara yang mempunyai sikat yang lurus selalunya untuk mendapatkan bulu mata lebih panjang dan melentik.
MENGGUNAKAN MASCARA SECARA ZIG ZAG
- Menggunakan mascara dengan cara ini akan membuat bulu mata nampak lebih natural dan sikatnya dapat memasuki ruang di antara bulu mata anda. Ia akan membuatkan bulu mata lebih panjang dan melentik.
PILIH TEKSTUR MASCARA YANG SESUAI
- Bagi yang mempunyai bulu mata yang agak pendek, pemilihan mascara yang lebih cair akan sangat membantu saat anda memakainya agar ianya lebih mudah diratakan.
JANGAN BERKEDIP KETIKA MENGGUNAKAN MASCARA
- Apabila anda menggunakan mascara untuk kali pertama, biasakan mata agar tidak berkedip bagi mengelakkan kotoran mascara menjadi comot disekeliling mata.
GUNAKAN MASCARA YANG MUDAH DICUCI
- Menggunakan mascara yang mudah dicuci supaya bulu mata anda tidak mudah tercabut atau gugur.
Semoga bermanfaat !