Hanya Dengan Urutan Di Muka, Kulit Sudah Tegang!

HANYA DENGAN URUTAN DI MUKA, KULIT SUDAH TEGANG!

 

Mungkin di antara kita baru tahu dengan cara urutan yang betul di muka juga dapat membantu membuatkan kulit sentiasa tegang dan awet muda. Siapa yang tak nak kan nampak awet muda walaupun sudah berusia. Kata orang inilah salah satu rahsianya. Amalkan urutan yang betul di wajah setiap hari, InsyaAllah awet muda.

 

Hal ini kerana ia dapat melancarkan perjalanan oksigen dan darah dalam kulit, ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang secara tidak langsung dapat mengekalkan keanjalan kulit

 

Hasil daripada pembacaan admin melalui Wanista, hari ini kongsikan pula untuk anda semua pembaca Nurraysa Lover. Jom follow tips di bawah ini….

 

 

TIPS 1:

Letakkan sedikit serum di atas telapak tangan yang bersih. Gosok produk tersebut menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghangatkannya dengan suhu badan sebelum menyapu ia pada keseluruhan wajah.

 

TIPS 2:

Daripada dagu, tolak pipi naik ke atas. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali di sebelah pagi dan ulang 15-20 kali waktu malam sebelum tidur.

 

TIPS 3:

Seterusnya bahagian atas tulang pipi dan tariknya ke atas sehingga ke sisi dahi. Lakukan langkah ini lima kali di bahagian kiri dan lima kali lagi di bahagian kanan.

 

TIPS 4:

Untuk bahagian dahi, tolak semua ke bahagian atas sehingga ke kawasan anak rambut. Fokus pada bahagian ini kerana dahi adalah kawasan wajah yang paling cepat berkedut!

 

TIPS 5:

Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh: Kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi. Tekan beberapa saat sebelum menggerakkan jari dalam gerakan membulat.

 

TIPS 6:

Seperti orang korea, tampar lembut muka anda sekuat hati (jika tahan sakit). Cara ini akan mengejutkan semua otot pada wajah untuk aktif kembali bahkan dapat menyah toksin tahu? Baru lah muka nampak berseri-seri tidak letih.

 

TIPS 7:

Langkah seterusnya, buat cubitan kecil pada kawasan sekitar wajah. Sama seperti urutan, cubitan sebenarnya dapat mengejutkan otot-otot bawah kulit untuk kembali aktif dan segar!

 

 

Mudah je kan? Lepasni boleh la praktikkan sama-sama untuk kekalkan awet muda 🙂