Rahsia Nak Muka Glowing? Nah, Amalkan Petua Ini!

RAHSIA NAK MUKA GLOWING? NAH, AMALKAN PETUA INI!

 

Admin tahu ramai diantara anda yang inginkan kulit muka yang glowing, yang segar dan tidak nampak kusam. Banyak cara dah cuba tapi tak pernah jadi? Haa.. jangan risau hari ini admin akan kongsikan satu petua atau tips yang boleh anda amalkan. Yang penting kena lah konsisten okay 🙂

Untuk info anda semua, tips ini bukan sahaja memberikan glow pada wajah anda malah ia mampu mencerah dan menegangkan kulit muka anda.

 

 

 

Bahan-bahannya :
Betik

 

Caranya :
1. Buangkan kulit betik. Lenyekkan dan kisarkan betik sehingga hancur.
2. Ambil betik yang telah dikisar tadi dan sapukan pada muka anda.
3. Biarkan ianya selama 20-30 minit pada muka anda.
4. Basuh muka anda dengan air suam atau air bersih.

 

Mudah bukan? Dengan hanya satu bahan iaitu buah betik sahaja dan boleh membuatkan muka anda nampak glowing 🙂

 

Untuk pengetahuan semua, betik mengandungi vitamin A dan mampu membantu anda dalam menanggalkan sel kulit mati dan ia juga mampu merawak kulit bermsalah, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah liang roma yang besar atau terbuka. Selain itu betik juga mengandungi vitamin C dan E yang boleh membantu dalam memberi keremajaan pada kulit anda supaya sentiasa kelihatan muda.

 

 

 

Sumber: akakterlajaklaris