5 Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Berhijab

Mempunyai rambut yang cantik, bersinar dan sihat memang menjadi impian setiap wanita. Namun, bagi wanita yang berhijab pasti anda kurang mengetahui tips penjagaan rambut yang betul dan anda tentunya sering berhadapan dengan masalah :

  • Berkelumumur
  • Rambut berbau
  • Kulit kepala berminyak
  • Rambut gugur
  • Hujung rambut berbuah

Meskipun berhijab, anda sebenarnya tetap boleh memiliki rambut yang cantik dan sihat. Jadi, untuk entry kali ini admin kongsikan kepada anda antara 5 tips penjagaan rambut yang boleh anda lakukan di rumah bagi mengekalkan kecantikan rambut. Nak tahu apa dia ? Jom baca di bawah ini ?

 

#1 : Gunakan Produk Yang Sesuai

Banyak produk pencuci rambut (shampoo) di pasaran sekarang. Tetapi AWAS kerana banyak produk syampu lebih fokus kepada pembersihan rambut bukan kulit kepala. Jadi, pilih syampu yang bersesuaian dan lebih bagus sekiranya menggunakan produk diperbuat daripada bahan semulajadi yang mengandungi habbatus sauda & macadamia ternifolia seed oil.

 

#2 : Guna Masker Rambut 

Gunakan masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut. Pati avocado bagus untuk rambut kering, manakala pati limau nipis sesuai buat rambut berminyak dan berkelemumur. Manakala ginseng pula boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut. Gunakan masker selepas membasuh rambut, sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas kembali menggunakan air bersih.  Untuk membantu menguatkan akar rambut, manfaatkan serum anti rambut.

 

#3 : Rajin Menyikat Rambut

Untuk menjaga rambut, rajin-rajinlah menyikat rambut minimum empat kali sehari. Menyikat rambut sama juga seperti ‘mengurut’ kulit kepala yang bermanfaat untuk membantu kelancaran perjalanan darah. Sebaiknya gunakan sikat plastik yang bergigi jarang untuk mencegah kerosakan rambut. Hindari menarik garis belahan rambut hanya pada satu sisi sahaja kerana kerosakan boleh bermula daripada garis belahan rambut.

 

#4 : Pastikan Rambut Kering Ketika Memakai Hijab

Jangan mengenakan hijab ketika rambut dalam keadaan basah, kerana kadar kelembapan yang tinggi itu akan menyebabkan kerosakan rambut serta bakal meninggalkan bau rambut yang tidak menyenangkan. Biarkan rambut kering secara semulajadi. Jika perlu menggunakan pengering rambut, gunakan dengan suhu yang rendah serta jarak 10-15 cm daripada rambut.

 

#5 : Material Hijab

Gunakan hijab daripada material ‘cotton’. Ada pelbagai jenis material dan bentuk hijab, dan sebagai pengguna anda harus bijak untuk memilihnya. Pemilihan hijab cukup mempengaruhi kesihatan rambut. Memilih hijab daripada material ‘cotton atau ‘spandex’ baik untuk kesihatan rambut kerana ia tidak panas dan mudah menyerap peluh. Keadaan ini akan mencegah rambut dan kulit kepala menjadi lembab. Kelembapan inilah yang  menyebabkan kelemumur.

 

Selamat Mencuba!

Jom dapatkan sekarang  : www.wasap.my/601159618143/NakShampoo