Cara – cara yang akan saya kongsikan di bawah boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit wajah yang licin serta berseri secara semulajadi. Anda tidak perlu menggunakan bahan – bahan yang boleh membahayakan kesihatan anda hanya untuk mendapatkan kesan yang cepat dan mendadak. Pastikan anda menggunakan cara ini secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Minum Air Secukupnya
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik dan juga dalam jangka masa yang lama, anda boleh mengamalkan cara ini. Meskipun cara ini kelihatan mudah, tidak ramai orang dapat meminum air yang secukupnya mengikut tubuh badan masing – masing. Kulit wajah yang licin dan berseri boleh dicapai dengan meminum air setiap hari kerana air dapat membantu melembapkan wajah dan memberikan keanjalan kulit agar kulit anda tidak mudah kering dan ditumbuhi jerawat. Kulit anda juga akan terasa segar dengan meminum air secukupnya.
Menggunakan Tepung Beras Sebagai Masker
Tepung beras dapat memberikan kesan yang luar biasa kepada kulit wajah anda. Ia dapat membantu mencerahkan kulit wajah serta menghaluskan kulit anda. Jadi, anda akan berasa lebih gembira ketika menyentuh kulit wajah anda. Butiran halus di dalam tepung beras merupakan fungsi utama dalam menghaluskan kulit anda. Kesan menggunakan tepung beras adalah lebih cepat iaitu di dalam 3 – 4 kali pemakaian.
Campurkan tepung beras bersama air untuk dijadikan pes ataupun krim. Gosokkan air suam ke wajah agar pori – pori anda terbuka dan kemudian sapukan pes tepung beras tersebut ke wajah anda. Biarkan seketika sehingga kering dan bilas wajah anda sehingga bersih.
Menggunakan Jus Lemon
Buah lemon mempunyai kadar vitamin C dan vitamin A yang tinggi di mana ia dapat membantu menanggalkan sel – sel kulit mati dan meransang pertumbuhan kulit yang baharu. Anda boleh menghaluskan kulit wajah anda dengan memudarkan parut jerawat menggunakan jus lemon. Jika kulit anda sensitif, campurkan jus lemon dengan sedikit air dan sapukan campuran tersebut ke bahagian wajah anda dan pekatkan sedikit jus tersebut di bahagian yang berparut. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan licin.
Anda juga boleh menggunakan jus lemon yang dicampur dengan putih telur. Pukul sebati jus lemon dan putih telur sehingga mencapai konsistensi yang anda ingini dan sapu masker ini ke kulit wajah anda. Biarkan selama 10 minit dan bilas wajah anda seperti biasa untuk mendapatkan wajah yang licin.
Campuran Madu
Madu yang seringkali digunakan sebagai makanan juga bermanfaat untuk dijadikan sebagai salah satu ramuan untuk melicinkan kulit wajah anda. Seringkali madu digunakan oleh pakar kecantikan dan juga produk – produk kecantikan kerana khasiatnya yang tinggi. Ia mempunyai mineral, vitamin dan juga antioksidan yang tinggi yang membantu melicinkan kulit wajah anda. Campurkan madu bersama putih telur dan pukul sehingga ia menjadi masker, dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 10 minit dan bilas seperti biasa.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu bersama setengah cawan serbuk kulit kayu manis. Campurkan bersama madu dan serbuk tersebut dan sapu pada wajah anda pada waktu malam. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah anda pada waktu pagi.
Argan Oil
Minyak Argan merupakan salah satu minyak yang diimport daripada Maghribi dan ia mempunyai kadar vitamin 2 kali lebih tinggi daripada minyak zaitun. Ia mempunyai tahap kelembapan yang sangat tinggi dan boleh digunakan di bahagian wajah, badan dan juga rambut. Ia boleh memberikan anda kulit wajah yang licin dan berseri kerana kelembapannya yang sangat tinggi dan ia juga mempunyai anti – penuaan di mana ia boleh membantu mengurangkan jeragat serta kedutan.