Siapa sangka sakit kepala boleh diredakan dengan 5 jenis minuman ini.
Jadi, selepas ini kalau anda diserang sakit kepala, berdenyut-denyut dan sebagainya cubalah minum minuman yang dipercayai mampu menjadi ubat sakit kepala.
Berikut adalah 5 jenis minuman yang boleh dijadikan ubat sakit kepala.
Kopi
Ternyata kopi mampu membantu meredakan sakit kepala yang sedang anda alami. Kopi berupaya untuk meringankan sakit kepala yang berlebihan. Anda perlu tahu bahawa kafein yang ada di dalam kopi biasanya digunakan sebagai bahan utama untuk ubat-ubatan sakit kepala. Sekiranya anda diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakan sakit kepala serta menghangatkan badan.
Teh Halia
Teh yang dicampur dengan halia merupakan ubat tradisional untuk mengubati sakit kepala. Teh halia dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan mengawal rasa ingin muntah.
Teh Hijau
Teh hijau memang banyak khasiatnya dan salah satunya mampu mengubati sakit kepala. Kandungan antioksidan dalam teh hijau akan merangsang sistem saraf dan mengaktifkan otak untuk mengurangkan stress penyebab sakit kepala. Kandungan kafein di dalamnya juga dapat meredakan rasa azab sakit kepala.
Air Sejuk
Dehidarsi kerap menjadi punca utama penyebab sakit kepala. Oleh sebab itu, tak adalah salahnya jika anda memperbanyakkan minum air mineral. Selain itu, minum segelas air sejuk ketika sakit kepala sangat efektif untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak sehingga mampu mengurangkan sakit kepala.
Teh Hitam
Kandungan kafein yang terdapat pada teh hitam boleh mengurangkan rasa sakit kepala. Jadi, kalau rasa sakit kepala tu jangan ragu-ragu untuk minum teh hitam.