Part 1: 14 Tips Berkesan Live di Facebook

Umumnya semua dah tahu tips marketing paling latest yang ramai orang bisnes gunakan sekarang iaitu Facebook Live. Marketing adalah buat orang nampak. Makin orang kenal kita, makin orang yakin, makin kita famous di laman social, makin mudah kita nak berbisnes.

Antara teknik marketing paling terbaru adalah Facebook Live. Siapa nak saya share teknik-teknik FB Live untuk cepat famous ? Kalau nak tahu FB Live ni adalah teknik latest yang paling cepat untuk famous, dan ianya FREEEE. Manfaatkan sebaik mungkin.

Sekarang Dato’ Aliff Syukri pun baru start buat live tutorial make up. Hangpa taknak buat live ? Cakap orang sebelah, rugiiii.

Kita tak boleh ketinggalan dan kena sentiasa improve. So, untuk hari ni, saya share kan 3 tips dahulu untuk buat FB Live. Nak tahu apa step untuk FB live ? Jom kita check it out di bawah ni.

STEP UNTUK LIVE:

STEP 1 : WAR-WARKAN MASA DAN TARIKH UNTUK LIVE

  • Seblum nak buat live anda perlulah terlebih dahulu war-warkan masa dan tarikh untuk live sehari awal dan beberapa jam awal beserta topik yang nak live. Pastikan topik boleh menarik minat untuk orang menunggu (topik mestilah bagi value pada orang lain. Perlu fikir kenapa orang mesti tonton.

STEP 2: PASTIKAN KEDUDUKAN KAMERA DALAM KEDUDUKAN YANG SESUAI

  • Semasa start live, pastikan kedudukan kamera handphone lebih tinggi atau sama aras daripada wajah anda. Seeloknya lebih tinggi sedikit.

STEP 3: PASTIKAN JARAK KAMERA JANGAN TERLALU JAUH

  • Jarak kamera handphone dengan anda jangan terlalu jauh. Live adalah interaksi antara anda dan penonton sebab tu mesti dekat. Orang suka tonton dengan melihat ekspresi wajah anda ketika bercakap dan orang akan lebih yakin dan percaya. Berbeza dengan video biasa, mesti jarakkan dengan kamera.

Untuk hari ini 3 tips sahaja yang saya kongsikan untuk anda take note. Untuk tips seterusnya saya akan sambung pada post seterusnya. Jangan lupa untuk terus follow blog kami ya ! Banyak lagi tips bisnes yang berguna untuk kami kongsikan bersama anda.

Stay tuned!