JOM KETAHUI APA ITU SERUM & MANFAATNYA!
Umumnya semua mengetahui dalam dunia kecantikan kebiasannaya antara produk yang dipakai adalah set skincare dan set makeup. Jadi, hari ini admin ingin kongsikan untuk anda salah satu produk yang terdapat dalam set skincare yang mana ia juga salah satu produk yang menjadi base sebelum kita makeup iaitu Serum wajah.
Terdapat pelbagai jenis produk serum yang ditawarkan dari harga murah sehinggalah mahal, dan pelbagai jenama yang ada dalam pasaran kita sekarang yang mana setiap satunya tentu menjadi sebuah pilihan untuk anda sebagai pelanggan. Tapi girls, sebelum memutuskan untuk membeli produk serum kecantikan, ada baiknya mengetahui tentang fungsi dan manfaat serum tersebut.
Serum merupakan zat cair yang formulanya terdiri dari asam amino, air dan emulasi (air didalam minyak atau minyak didalam air), biasanya didalam nya tentu akan terdapat berbagai macam formula pendukung sehinga serum dapat meresap kedalam lapisan terdalam kulit, molekul dari formula zat tersebut merupakan partikel kecil dan cara kerja nya akan jauh lebih tinggi 10 kali ganda dari krim wajah biasa. Jadi, sudah semestinya hal ini akan nampak berbaloi bahawa serum biasanya didapat dalam harga yang relatif lebih tinggi berbanding krim wajah yang lain.
Tepat dan cermat dalam pengunaan serum wajah:
Anda juga perlu tahu penggunaan serum yang betul kerana ia akan memberi manfaat untuk memaximumkan proses dari manfaat yang dihasilkan. Penggunaan serum juga sebaiknya hendaklah digunakan selepas wajah anda dibersihkan dengan cairan yang dipanggil toner dan juga pembersih wajah (sabun). Ini kerana penyerapan serum lebih berkesan di mana ia dapat menyerap hingga kelapisan kulit paling dalam.
Bukan itu sahaja, penggunaan serum juga tidak boleh berlebihan. Cukup dengan menitiskan serum sebanyak 3-4 kali pada tangan, kemudian titisan serum tersebut diusapkan pada setiap titik wajah seperti pipi kanan & kiri, dahi, permukaan dagu hingga ke leher. Setelah itu, ratakan pada setiap permukaan kulit anda. Pemakaian serum boleh di apply pada waktu siang dan malam di mana fungsi dari serum pada malam hari akan memberikan proses manfaat yang maximum dan pagi hari serum akan berfungsi untuk menghalang radikal bebeas akibat sinar matahari dan kotoran pencemaran udara. Jadi pakailah serum dengan konsisten dan teratur agar dapat kesan dan manfaat yang baik untuk kulit wajah anda.
Untuk produk serum keluaran Nurraysa dikenali sebagai Treatment Serum. Sangat bagus untuk kulit wajah anda. Antara manfaatnya adalah seperti berikut:
Fungsi
- Sebagai anti septik dan anti mikrobik untuk melindungi kulit dari jerawat dan menjadikan kulit berseri dan mulus.
- Boleh mengecilkan pori
- Mengecutkan jerawat
Kandungan
RO Water, Phenoxyethanol, Butylene Glycol, Epilobium Augustifolium Flower, Matricaria Chamomilla, Hamamelis, Allantoin, Methylisothiazolinone Carbopor.