PART 2: 6 MEDIUM PEMASARAN EFEKTIF UNTUK BERNIAGA
Sebelum ni saya sudah share kan 3 Medium Pemasaran yang boleh kita gunakan untuk berbisnes iaitu media sosial, blog/website dan emel.
Untuk hari ini pula, medium pemasaran yang saya ingin kongsikan lagi 3 medium pemasaran yang boleh anda gunakan untuk perniagaan anda. Nak tahu apa? Jom check it out !
Oh ya ! Mana yang terlepas untuk entry sebelum ni boleh klik link di bawah ini okay 🙂
?? EDAR FLYERS
Edar di tempat tumpuan ramai seperti stesen bas, dan pasar atau pasaraya. Semakin banyak flyers yang anda edar, semakin tinggi peluang untuk anda dapat customer. Contohnya, edar flyers di stesen bas. Dalam mereka tunggu bas sampai, mesti mereka akan baca flyers anda walau sepintas lalu je. Keadaan ini sudah buka peluang untuk mereka menjadi pelanggan anda.
?? GANTUNG BUNTING/BANNER
Bunting atau banner boleh menjadi medium pemasaran yang baik untuk mengiklankan bisnes anda. Untuk menarik minat orang ramai terhadap bunting/banner anda, kandungan dan design bunting/banner mestilah kreatif dan berinovasi. Hal ini kerana, imej, warna, bentuk font yang digunakan mestilah sesuai dan menarik sehingga mampu menarik pembaca untuk membaca apa yang tertera di bunting/banner anda.
Dengan menggantungkan bunting/banner anda di tempat yang strategik dan di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai juga membantu dalam mempromosikan produk bisnes anda.
?? BAJU T-SHIRT
T-shirt juga merupakan salah satu medium pemasaran yang orang ramai tidak tahu ia nya juga memberikan kesan yang baik dalam membuat pengiklanan tentang bisnes yang kita jalankan.
T-Shirt boleh dikatakan sebagai pemasaran yang bergerak di mana sesiapa sahaja yang memakainya mesti akan berjalan-jalan dan bertemu orang ramai. Jadi, identiti bisnes anda akan lebih dikenali orang melalui design atau mesej yang tertulis pada T-Shirt tersebut.
Selain itu, T-Shirt juga merupakan tarikan utama kebanyakan pelanggan. Hal ini demikian kerana, melalui design nya yang cantik dan kreatif atau mesej yang simple mengenai profil bisnes anda, tidak mustahil untuk orang ramai akan membacanya di dalam hati dan sekaligus membuatkan mereka tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bisnes anda.
Jadi, bagi anda yang ingin mempromosikan bisnes dengan lebih meluas lagi, boleh la cuba gunakan medium T-Shirt ini sebagai medium pemasaran anda.
Semoga bermanfaat dan semoga bisnes anda berjaya !