PKPP | Suami Isteri Pening Kepala | Rentas Negeri


PKPP PUNCA SUAMI ISTERI PENING KEPALA SEBAB DAH BOLEH RENTAS NEGERI?

 

pkpp

PKPP ialah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang mana juga terdapat kelonggaran yang sedikit mendebarkan bagi suami isteri hari ini kerana:

 

1. Rentas Negeri Kini Dibenarkan Semasa PKPP

Ye, ketegangan rumah tangga harini ramainya sebab kelonggaran rentas negeri untuk PKPP seawal 10 Jun 2020 ini. Tapi, banyak kekeliruan muncul antara suami isteri untuk buat keputusan nak balik rumah siapa dulu? Mak saya ke mak awak? Eh, admin gurau je hehe tapi yang penting jangan lupa SOP2 ye. Bincang suami isteri pun patuh SOP.

2. Sesetengah Perniagaan Kini Dibenarkan Buka Khas Untuk PKPP

Awal PKPB haritu ramai yang murung sebab kedai mamak dan sebagainya di kerah untuk tutup kan. Haaa hari ini jangan risau, dengan pengamalan SOP dan penjarakan yang perlu dipatuhi di premis-premis perniagaan semasa PKPP ini akan di benarkan buka secara berperingkat. Premis ini termasuk:

a. Kedai gunting rambut
b. Salun kecantikan
c. Pasar terbuka
d. Pasar pagi & pasar malam
e. Pasar tani & bazar
f. Medan selera
g. Gerai penjaja, gerai dan trak makanan
h. Perkhidmatan dobi layan diri

3. Beza Mesyuarat PKPP Kali Ini

Sebarang mesyuarat dan bengkel kalini, semasa PKPP adalah dibenarkan dengan pematuhan penjarakan sosial walaupun ketika mesyuarat semasa PKPP ini. Ketua jabatan @ premis bertanggungjawab untuk memastikan yang terlibat adalah mematuhi semua SOP seperti PKPB sebelum ini ketika bermesyuarat.

4. Aktiviti Rekreasi Semasa PKPP

Jenis-jenis aktiviti rekreasi yang telah mula beroperasi secara berperingkat dengan mematuhi SOP PKPB sebelum ini ialah:

a. Lawatan ke muzium akan dibenarkan buka semula bermula PKPP
b. Aktiviti memancing termasuk di kolam komersial atau kolam ikan buatan juga dibenarkan untuk PKPP
c. Indoor basking atau persembahan dalam dewan tertutup juga dibenarkan

5. Aktiviti Sukan Bermula PKPP

Terdapat beberapa jenis aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan telah mula beroperasi secara berperingkat pada PKPP ini ialah:

a. Boling
b. Badminton
c. Memanah
d. Menembak
e. Konvoi motosikal & basikal
f. Mendaki gunung

Larangan keras PKPP diberikan pada sukan yang mempunyai penyokong dan penonton berkumpul di stadium dan kolam renang seperti:

a. Rekreasi air dan sebagainya
b. Ragbi
c. Gusti
d. Tinju
e. Bola sepak
f. Bola keranjang
g. Hoki

6. Pelancongan Domestik Bermula PKPP

Dengan langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP yang ditetapkan pada PKPB masih lagi dijalankan semasa PKPP ini walaupun tempat-tempat pelancongan dalam negara telah mula beroperasi secara berjaga-jaga.

7. Perayaan Bermula Pada PKPP

Haaa ni bukan raya aidilfitri sebelum ni kita dah raikan sesederhananya di rumah masing-masing. Perayaan seterusnya, iaitu Hari Raya Aidiladha pada 30 Julai 2020 ini.

Sesuai dengan itu, upacara korban dapat dijalankan dengan perincian SOP oleh pihak berkuasa agama.

8. Solat Berjemaah Pada PKPP

Kini, bermula PKPP, diberikan lebih kelonggaran pada tempat-tempat ibadat Muslim dan bukan Muslim untuk bilangan berada di sana. Yang pasti ialah lebih besar kawasan ibadah itu akan membenarkan bilangan yang lebih untuk berada di kawasan ibadah tersebut.

Tapi, perinciannya hanya akan diumukan dalam masa yang terdekat. Jadi nantikan ye..

9. Sekolah Akan Dibuka Semula Semasa PKPP?

Seperti kita tahu, tempoh PKPP ialah pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020. Kata PM tersayang kita, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini seteleh di bincang secara dalam dengan Kementerian Kesihatan.

Dalam waktu terdekat akan diadakan pengumuman tarikh yang tepat. Jadi pastikan anda semua peka dengan perkembangan negara terutamanya ibu & ayah.

10. Industri Hiburan PKPP

Terutamanya industri filem adalah diizinkan untuk beroperasi kembali untuk penggambaran fokusnya kecuali industri yang melibatkan:

a. Pub
b. Kelab malam
c. Pusat hiburan
d. Pusat refleksologi
e. Pusat karaoke
f. Taman tema

11. PKPP Tanpa Perhimpunan

Seperti kita tahu SOP semasa PKPB masih lagi dijalankan semasa PKPP ini, jadi setiap aktiviti yang melibatkan:

a. Perarakan
b. Kenduri
c. Rumah terbuka

Penting untuk anda tahu adalah polis peronda akan masih aktif di kawasan sekitar anda.  Jadi penting anda amalkan strategi di bawah ini.pkpp

Jadi penting untuk sentiasa amalkan duduk rumah semasa PKPP kecuali jika perlu sahaja untuk keluar seperti team-team Nurraysa yang memang berbisnes dari rumah sahaja adalah sangat digalakkan. Paling best, Founder Nurraysa sendiri bimbing pulak tu sampai dapat 6 angka sebulan.

 

Amacam? Nak juga jadi macam mereka ni dapat kekal di rumah dan selamat dengan keluarga?

pkpp

Jangan malu dan segan untuk bertindak sekarang sebab Founder sendiri komited nak bantu tebalkan poket anda hari ini!

Klik >>>> Founder bantu saya

Jumpa anda di link!