PETUA KULIT MUKA KELIHATAN CANTIK & KEPERLUAN PENJAGAAN KULIT TUBUH
Petua yang sanagat berguna hari ni untuk admin share kan dengan anda semua. Tak dapat dinafikan bahawa semua orang inginkan kulit muka yang cantik. Eh ! bukan kulit muka je tau, kulit badan pun nak kena jaga bagi nama cantik, mulus dan gebu. Lebih-lebih lagi bagi anda yang nak jadi raja sehari tak lama lagi.
Dengan amalan petua ni juga, anda dah tak perlu susah-susah nak pergi spa bayar mahal-mahal. Follwo je petua ni secara konsisten InsyaAllah akan bagi perubahan pada kulit muka & tubuh anda. Boleh lah anda kekal sihat dan cantik setiap hari.
So, jom tengok di bawah ni antara petua yang boleh anda amalkan.
1. Amalkan menyapu pinang muda untuk melicinkan kulit. Ambil biji pinang muda yang masih berlendir lalu sapukan pada kulit muka. Ritual ini dipercayai membantu untuk melicinkan kulit muka selain kulit wajah kekal awet muda.
2. Ambil belimbing besi yang sudah cukup masak dan ramas bersama asam jawa. Lumurkan ramuan ini pada kulit tubuh bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kotoran pada badan.
3. Jika kamu ingin kulit lebih halus dan lembut, ambil beras pulut yang digorengdan tumbuk halus sehingga menjadi seperti tepung. Kemudian, campurkan bedak sejuk dan jadikan ia sebagai lulur. Gosok-gosokkan ramuan ini pada kulit tubuh seminggu sekali. Ia bertindak menanggalkan daki dan sel-sel mati pada kulit tubuh.
4. Jangan dibuang hampas kelapa kerana menurut amalan nenek moyang dahulu kala, ia berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Mudah saja, gosokkan hampas kelapa pada kulit tubuh seminggu sekali untuk menanggalkan daki pada kulit tubuh. Selepas itu, mandi seperti biasa dan amalkannya untuk mendapatkan kulit yang lembut.
Tapi, nak senang dan mudah , anda semua boleh cuba SOFTENING FACIAL & BODY JELLY SCRUB Nurraysa. Bagus sangat scrub ni sebab ia membantu membuang daki di badan dan membersihkan kulit, membuang sel kulit mati, membantu mencegah jerawat dan sebagainya. Di samping untuk muka, scrub ni juga boleh untuk badan. Jadi, 2 in 1. Dah menjimatkan anda. Nak lagi best sempena NOVEMBER SALES ni kami menyediakan SET SPA untuk uolls tau. Kalau berminat bolehlah order dengan hubungi kami di nombor hotline 013-666 5554.