Tips Elakkan Liang Pori Wajah Terbuka Luas

TIPS ELAKKAN LIANG PORI WAJAH TERBUKA LUAS

 

Semua wnaita menginginkan kulit wajah yang cantik dan mulus tanpa sebarang cacat cela. Namun, apabila usia kita semakin naik, hormon berubah kita tidak akan lari dengan adanya beebrapa masalah pada kulit wajah seperti naik jerawat, jeragat dan sebagainya. Puncanya juga adalah disebabkan liang pori di wajah kita terbuka luas dan inui membuatkan masalah tersebut berlaku. Akibat dari permasalah seperti liang pori terbuka ini juga membuatkan kulit wajah kita nampak kasar dan permukaan tidak sekata.

Apa faktornya? Dan ada ke caranya untuk elakkan liang pori untuk menjadi lebih besar? Haa… di bawah ni admin kongsikan tipsnya. Semoga bermanfaat !

 

 

Faktor Liang Pori Besar

  • Terdedah kepada sinaran UV yang berlebihan
  • Merokok
  • Penuaan
  • Genetik
  • Mengamalkan diet dan gaya hidup yang tidak sihat
  • Perubahan hormon

 

Cara Mengatasi Liang Pori Besar 

  • Gunakan produk pencuci wajah bebas sabun, lembut serta bertindak balas sempurna dengan air. Pencuci wajah yang mengeringkan akan membuat kulit pedih  dan meninggalkan kesan merah serta iritasi.
  • Serap lebihan minyak di wajah dengan penggunaan pupur jenis lumpur. Pupur wajah dihujung minggu dengan menggunakan bahan -bahan semulajadi seperti putih telur, timun dan tomato.
  • Guna produk yang mengandungi kandungan anti oksida yang  tinggi. Selain mampu menjadikan kulit sihat, ia mengurangkan kesan kedutan .
  • Pastikan anda berbincang dan merujuk kepada pakar jika bercadang ingin mengambil sebarang pil atau ubat yang boleh menjejaskan hormon badan anda.

 

Perkara Yang Perlu Dielakkan

  • Berhenti gunakan produk yang menyebabkan penghasilan minyak pada wajah yang lebih banyak. Contohnya, produk yang berciri krim adalah pilihan yang salah buat mereka yang mempunyai kulit berminyak.
  • Jangan tidur dengan solekan di wajah! Bukan sahaja ia menyebabkan pori tersumbat, malah menggalakkan kemunculan  bintik hitam dan kulit kusam.
  • Jika anda menggunakan penyamar noda bagi menutup cela,hati-hati kerana ia mungkin akan membuatkan liang pori tersumbat dan sukar untuk anda membersihkan solekan dengan sempurna.

 

 

Sumber: www.abangbrian.com