Tips Elakkan Rambut Berbuah

TIPS ELAKKAN RAMBUT BERBUAH

Rambut dikatakan mahkota bagi setiap wanita. Mempunyai rambut yang sihat dan segar merupakan impian semua orang. Namun, penjagaan yang rapi perlulah dilakukan. Boleh dikatakan segelintir daripada kita yang mengambil mudah tentang penjagaan rambut. Akibat daripada itu, timbulnya permasalahan seperti rambut bercabang, rambut kering, rambut gugur dan juga berbuah.

 

 

Jadi, hari ini admin kongsikan salah satu daripada masalah tersebut untuk pengetahuan anda semua. Jadi, mari kita lihat di bawah ini apakah faktor dan cara yang dapat membantu bagi mengelakkan rambut kita berbuah. Kata orang, merawat lebih baik daripada mengubati. Jadi, sebelum jadi apa-apa masalah jom kita cegah dulu.

 

 

Faktor Masalah Rambut Berbuah

  • Kurang Tidur.
  • Tidak mengeringkan rambut dengan betul.
  • Pengambilan makanan yang kurang nutrisi.
  • Penggunaan produk rambut yang berlebihan.
  • Menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bagi Merawat Rambut Berbuah Ialah:
  • Cuci rambut setiap hari dengan syampu yang sesuai berserta air untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih.
  • Biarkan rambut kering terlebih dahulu sebelum mengikatnya atau memakai tudung.
  • Disebabkan anda tidak sempat untuk mengeringkan rambut sebelum memakai tudung, jadi anda perlulah bangun awal untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu ataupun anda tidak perlu mencuci rambut pada pagi hari.
  • Jika anda ingin mengeringkan rambut, gunalah pengering rambut ataupun kipas. Tetapi penggunaan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan rambut disebabkan oleh haba yang terlalu panas.

 

 

Jadi macam mana? Berguna ke tak tips ni untuk anda semua? Dalam kesempatan ini juga admin nak syorkan pada anda antara shampoo yang boleh anda gunakan adalah #HABBATUSSAUDAHAIRTREATMENTNURRAYSA yang mana sangat membantu dalam merawat rambut yang menghadapi masalah-masalah seperti di atas.

 

 

Sumber: Malay.cari.com